‘Ninja’ Berkolaborasi Bersama Adidas Bagi Model ZX 2K Boost
  • Written by: Azizi Rahman

Streamer terkenal, Tyler atau lebih dikenali sebagai ‘Ninja’ bakal melancarkan model ZX 2K Boost hasil kerjasama dengan Adidas.


Adidas ZX 2K Boost kali ini dieserikan dengan warna kuning dan dipadankan dengan warna hitam. Selain itu, terdapat perkataan ‘Time In’ pada lidah kasut bagi melengkapkan rekaan kasut ini.


Ninja x Adidas ZX 2K Boost ‘Legacy Gold’ bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor terpilih dan menerusi laman web adidas.com dengan tanda harga $150 USD (anggaran RM615++).