2 Pilihan Warna Untuk Notre x Nike Dunk High
  • Written by: Azizi Rahman

Nike dilihat sedang berusaha keras melancarkan pelbagai jenis model Dunk pada tahun ini. Awal tahun ini sahaja, beberapa jenis Dunk telah pun dilancarkan. Nike turut dikatakan bakal melancarkan Dunk edisi kolaborasi dengan sebuah butik terkenal di Chicago iaitu Notre.


Dikatakan kolaborasi ini bakal melancarkan dua warna yang berbeza iaitu midnight navy dan juga light orewood brown. Kedua-dua mordel ini menggunakan material kulit dengan suede yang agak klasik.


Notre x Nike Dunk High ini dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi menerusi stor terpilih dan laman web Nike.com dengan harga $150 USD (anggaran RM600++).