Adidas Original & Jonah Hill Hasilkan Koleksi Samba Terbaru
  • Written by: Azizi Rahman

Pelakon popular Hollywood, Jonah Hill bakal melancarkan koleksi terbaru bersama Adidas yang bakal merangkumi koleksi kasut dan pakaian. Koleksi ini diambil inspirasi dari personaliti dirinya di Los Angeles pada era 90-an.


Terdapat tiga koleksi kasut dari model Adidas Samba yang diinspirasi dari zaman kanak-kanak Jonah pada era 90-an. Setiap pasang kasut menggunakan material kulit dan suede serta menggunakan tapak Gum. Tiga warna tersebut ialah hijau, maroon dan tembaga.


Jonah Hill x Adidas Samba ini bakal dilancarkan pada 14 November ini di stor terpilih dan menerusi laman web adidas.com dengan harga $110 USD (anggaran RM453++).