Adidas Yeezy Boost 700 ‘Sun’ Dijual Lebih Murah Dari Biasa!
  • Written by: Azizi Rahman

Adidas Yeezy Boost 700 ‘Sun’ bakal dilancarkan tidak lama lagi. Lebih menarik lagi, model kasut ini dikatakan bakal dijual lebih murah dari harga sebelum ini.


Masih mengekalkan betuk seperti model asal ‘Wave Runner’, model ini menerima warna kuning terang serta dipadankan dengan warna hitam dan biru turquoise pada bahagian atas kasut. Midsole kasut ini pula dihiaskan dengan warna oren terang menampakkan lagi kontra antara bahagian atas dan bawah.


adidas Yeezy Boost 700 ‘Sun’ bakal dilancarkan pada 23 Januari ini di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi adidas.com dengan harga $240 (anggaran RM920++). Jika sebelum ini, model Yeezy Boost 700 dijual sekitar harga $300 USD (RM1200++).