Air Jordan 1 Low Bakal Hadir Dengan Warna \'University Blue\'

Sama seperti warna ‘Laser Blue’ sebelum ini, Jordan bakal melancarkan warna terbaru ‘University Blue’ untuk model Air Jordan 1 Low mereka.


Air Jordan 1 Low ini menggunakan material tumbled leather berwarna hitam pada bahagian depan kasut. Selebihnya kasut ini diserikan dengan warna ‘University Blue’.


Air Jordan 1 Low ‘Universty Blue’ ini bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor-stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $110 (anggaran RM457++).