- Sneakers
- 2020.12.11
Jordan bakal menambah koleksi Air Jordan 1 Low dengan corak ikonik ‘elephant print’.
Warna Digayakan dengan warna putih dan kelabu, material yang digunakan pada kasut ini adalah campuran kulit dan sedikit sentuhan mesh. Corak ‘elephant print’ diletakkan pada logo swoosh dan juga panel tepi kasut.
Air Jordan 1 Low PRM ‘Elephant Print’ bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $110 USD (anggaran RM450++).