Air Jordan 1 Mid Dengan \'Heel Loop Oversized\' Tampil Kelainan Dari Biasa

Air Jordan 1 Mid kali ini mencipta kelainan pada kasut dengan menambahkan 'oversized heel loops'.


Bahagian atas kasut ini menggunakan material campuran kulit dan mesh pada bahagian kolar kasut. Warna ‘Bred’ di bahagian depan kasut serta sulaman logo swoosh dari Nike menyerikan lagi kasut ini. Pull tab di bahagian belakang kasut disertakan lagi dengan logo '23' membuatkan kasut ini lebih gah.


Air Jordan 1 Mid kali ini bakal dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com.