Air Jordan 1 Zoom Comfort Hadir Dengan Warna Sail & Pearl White
  • Written by: Azizi Rahman

Air Jordan 1 Zoom Comfort bakal melancarkan warna terbaru sempena edisi kejuaraan dunia permainan League of Legend. Sebelum ini warna yang dilancarkan ialah warna hitam dan kelabu. Untuk model terbaru ini, ianya didatangkan dengan warna Sail dan Pearl White.


Material yang digunakan adalah mesh berwarna putih dan tumbled leather berwarna Sail melengkapkan lagi rupa kasut ini.


Air Jordan 1 Zoom Comfort ‘Sail’ ini bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $140 USD (anggaran RM576++).