Air Jordan 11 Bakal Terima Teknologi Adapt Yang Sungguh Canggih!
  • Written by: Azizi Rahman

Air Jordan 11 telah menyambut ulang tahun yang ke-25 pada tahun ini. Oleh itu, model Air Jordan 11 yang akan dilancarkan Disember ini diberi sentuhan teknologi Adapt.


Semasa rekaan oleh TInker Hatfield pada Air Jordan 11 ini, beliau memang berniat untuk menghasilkan kasut tanpa tali pada model ini. Selepas 25 tahun, Jordan telah bekerjasama dengan Nike Adapt bagi memperoleh teknologi dan meletakkannya pada model Air Jorda 11 kali ini. Tiada rekaan yang diubah namun hanya teknologi yang ditambah.


Air Jordan 11 Adapt bakal dilancarkan pada 30 Disember ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $500 USD (anggaran RM2061++).