Air Jordan 4 ‘Fire Red’ 2020 Retro Bakal Dilancarkan Kembali, Kali Ini Dengan Tulisan ‘Nike Air’!
  • Written by: Azizi Rahman

Air Jordan 4 ‘Fire Red’ bakal dilancarkan kembali pada 27 November tahun ini. Kasut ini dikatakan kembali seperti bentuk dan warna asal yang pernah dilancarkan sebelum ini.


Berwarnakan rona putih, hitam, kelabu dan merah api, Air Jordan 4 ini akan kembali dalam bentuk OG dengan tulisan ‘Nike Air’ di bahagian belakang kasut. Kali ini ianya seperti pertama kali dilancarkan semula dalam bentuk asal sejak debutnya pada tahun 1989. Pada 2012 logo ‘Jumpman’ yang diletakkan pada belakang kasut dan pada 2006 ianya dikenali sebagai edisi ‘Mars’.


Kasut ikonik ini bakal dilancarkan pada 27 November tahun ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com tengan tanda carga $200 USD (anggaran RM828++).