Air Jordan 5 ‘Raging Bulls’ 2021 Retro Bakal Dilancarkan Pada April Tahun Depan!
  • Written by: Azizi Rahman

Akhirnya, Air Jordan 5 ‘Raging Bull’ (Suede Merah) bakal kembali. Selama ini, desas desus menyatakan bahawa kasut ikonik ini bakal dilancarkan kembali. Menurut sumber yang dikenal pasti, kasut ini bakal dilancarkan pada tahun 2021.


Suede Merah pada Air Jordan 5 ini pada asalnya telah dilancarkan dari sebahagian kumpulan Air Jordan 5 ‘Raging Bull’ (Toro Bravo) pada tahun 2009.


Walaupun kasut ini menerima gelaran nama ‘Raging Bull’, namun satu lagi kasut yang turut dilancarkan serentak bersamanya dikenali sebagai 3M. Pelancaran sebelum ini menyaksikan kasut ini di datangkan dengan kotak istimewa seakan-akan kotak kayu yang mempunyai mata lembu berwarna merah.


Air Jordan 5 ‘Raging Bull’ ini dikhabarkan bakal dilancarkan pada 10 April 2021 di stor terpilih dan menerusi website Nike.com. Harga until sepasang kasut ini $190 USD (anggaran RM787++).