Bakal Dilancarkan, Sean Cliver x Nike SB Dunk Low ‘Holiday Special’
  • Written by: Azizi Rahman

Sean Cliver sekali lagi bekerjasama dengan Nike Skateboarding bagi melancarkan kasut edisi khas Dunk Low.


Model Nike SB Dunk Low kali ini menggunakan material suede dan kulit yang premium. Lebih menarik lagi, logo swoosh pada kasut ini kelihatan berkilat.


Sean Cliver x Nike SB Dunk Low ‘Holiday Special’ bakal dilancarkan pada 19 Disember ini di kedai skate terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $110 USD (anggaran 450++).