Bape & Reebok Berjaya Hasilkan Projek ‘Bapesta’
  • Written by: Azizi Rahman

Dua jenama terkemuka dunia, Bape dan Reebok sekali lagi bekerjasama bagi menghasilkan hasil kolaborasi mereka pada model Club C yang digelar projek ‘Bapesta’.


Model Reebok Club C ini mengekalkan keasliannya dengan menggunakan warna putih bersama logo Bapesta yang diletakkan pada bahagian panel bagi menonjolkan lagi kolaborasi kali ini. Logo Bapesta itu menggunakan material kanvas bercorak celoreng yang merupakan simbol jenama Bape.


Bape x Reebok Club C ‘Bapesta’ bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor terpilih dan menerusi laman web Reebok.com.