Cardi B & Reebok Lancarkan Koleksi Khas Club C

Cardi B menyambut ulang tahun kelahirannya bersama Reebok dengan melancarkan koleksi Club C edisi terhad.


Cardi B x Reebok Club C direka berdasarkan gaya Cardi B yang begitu menyerlah dari segi fesyen. Kasut ini mempunyai reka bentuk lain dari yang lain dan membawa koleksi Club C ini ke satu tahap yang lain.


Cardi B x Reebok Club C hanya dilancarkan bagi wanita menerusi laman web Reebok.com pada 13 November ini dengan harga $100 USD (anggaran RM415++).