CLOT x Air Jordan 1 Low ’Terracotta’ Akan Tiba Awal Bulan Depan!
  • Written by: Azizi Rahman

Selepas kolaborasi yang berjaya pada tahun 2018 pada model Air Jordan 13 Low, CLOT dan Jordan bakal melancarkan kolaborasi terbaru mereka pada tahun ini dengan model Air Jordan 14 Low ’Terracotta.’


Walaupun nampak serupa dengan Air Jordan 13 Low yang sebelum ini, model Air Jordan 14 Low kali ini dilengkapi dengan rekaan seakan-akan perisai pahlawan Cina. Kalau korang nak tahu, kasut ini diinspirasi dari pahlawan Cina ’Terracotta’. Lidah kasut ini juga seperti skrol tradisional Cina dengan tulisan CLOT dan Jordan pada setiap satu lidah kasut. Selain itu, kemasan simpul tradisional Cina dan koin lama turut diletakkan pada bahagian tumit kasut ini.


CLOT x Air Jordan 14 Low ini bakal dilancarkan pada 8 Februari akan datang dengan harga sekitar $195 USD (anggaran RM800++).