CLOT x Nike AIr Max 1 “Kiss of Death” Kembali Selepas 15 Tahun!
  • Written by: Azizi Rahman

Pada tahun 2006, kolaborasi antara CLOT dan Nike telah berjaya melancarkan model Air Max 1 yang menjadi salah satu model kegilaan para peminat sneakers. Pada tahun tahun ini, kerjasama mereka bakal membawa semula model Air Max 1 “Kiss of Death.”


Rekaan kasut ini diinspirasi dari sejarah China “Chi” yang membawa maksud tenaga dalaman manusia yang mengalir dan berhubung dengan universe. Tapak kasut ini turut direka secara translucent dengan grafik tapak kaki. Toe-box kasut ini turut lut sinar membuatkannya lain dari model-model Air Max 1 sebelum ini.


Selebriti terkenal, DJ Khaled telah mempamerkan kasut ini kepada umum dengan memuat naik video dan foto di laman instagram miliknya. Katanya, beliau sangat berbangga menjadi salah seorang pemilik awal kasut ini sebelum ianya dilancarkan kepada umum.


CLOT x Nike Air Max 1 “Kiss Of Death” bakal dilancarkan pada 26 Mac ini menerusi laman web rasmi Nike.com.