END x Adidas Superstar ‘Alternative Luxury’ Didatangkan Dengan Sentuhan Sashiko

Jenama pakaian terkenal British, END telah bekerjasama dengan Adidas bagi meraikan ulang tahun yang ke-50 buat kasut ikonik Adidas Superstar. Untuk versi kali ini, model kasut ini mempunyai reka bentuk asimetri yang khas serta mempunyai perincian yang diilhamkan dari Jepun.


Bahagian ikonik ‘shell toe’ tidak diubah suai, namun pada bahagian atasnya digayakan dengan pelbagai material yang mewah, dari kulit putih yang sinonim dengan model ini sehingga material berwarna-warni dan suede berbulu bagi menampilkan ianya mempunyai citarasa jalanan.


Jahitan yang berlebihan itu pula diilhamkan oleh Sashiko menyerikan lagi elemen Jepun serta perkataan END disisi kasut berwarna keemasan melengkapkan lagi rupanya.


END x Adidas Superstar ‘Alternative Luxury’ akan dilancarkan pada 18 September ini di END dengan tanda harga $130 USD (anggaran RM746++).