GM Nike Letak Jawatan Selepas Kantoi Anak \'Backdoor\' Ribuan Kasut
  • Written by: Azizi Rahman

Selepas 25 tahun berkhidmat, Vice President Nike, Ann Hebert akhirnya meletak jawatan serta merta. Keputusan ini dilakukan atas sebab penglibatannya secara langsung dalam perniagaan ‘resell’ sneakers


Difahamkan bahawa beliau telah terlibat dalam penglibatan ‘resell’ kasut yang dijalankan anaknya bernama Joe. Joe merupakan pengendali perniagaan ‘West Coast Streetwear’ yang merupakan salah satu reseller terkemuka di Amerika Syarikat. Selain itu, Joe turut mempunyai stok kasut yang sangat tinggi berbanding reseller-reseller yang lain.


Joe dikatakan menggunakan kredit kad milik ibunya dalam transaksi pembelian ‘sneaker bot’. Jumlah pembelian ini difahamkan berjumlah $132000 USD dalam satu-satu masa.