- Sneakers
- 2021.02.18
Pasti ramai yang tak tahu bahawa Nike SB pernah melancarkan prototaip untuk model Dunk Low “Clear”. Model ini tidak dapat dilancarkan atas sebab yang tidak diketahui.
Menurut @swoosh.archive kasut ini hanya ada satu sahaja di seluruh dunia. Pertama sekali ditayangkan kepada umum adalah sewaktu pameran “White Dunk” di Tokyo. Pameran tersebut anjuran CEO Nike pada ketika itu iaitu Mark Parker. Dalam pameran tersebut juga, beliau memilih 25 pereka Jepun untuk mereka seni reka kontemporari menggunakan material dan rekaan yang plain “White Nike SB Dunk” untuk dipamerkan pada pameran tersebut.
Pameran “White Dunk” itu diadakan di bangunan seakan-akan kotak kasut Nike SB berwarna perak.
Sumber: @swoosh.archive