Jordan Air Cadence \'Pale Ivory’ Dengan Warna Lebih \'Chunky\'
  • Written by: Azizi Rahman

Jordan telah melakukan perubahan pada Air Cadence ‘Pale Ivory’. Memilih warna ‘chunky’ yang lebih terang selepas melancarkan kolaborasi ‘darkly shaded fragment’ dua minggu lalu.


Bahagian atas kasut ini dilengkapi dengan tab tarik ‘ripstop’ berserta logo ‘Jumpman’ yang diletakkan di atas lidah kasut tersebut. Bahagian tepi kasut ini yang didatangkan dengan material mesh bersama rona warna ‘Pale Ivory’ di sepanjang tumit sehingga ke bahagian depan kasut. Panel hitam yang bertentangan di bahagian belakang dan sedikit di bahagian sisi kasut menyempurnakan lagi gaya kasut ini.


Jordan Air Cadence bakal hadir di pasaran pada 25 September menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $120 USD (anggaran RM496++).