Kasut Harga ‘Resell’ Paling Tinggi Tahun 2020
  • Written by: Azizi Rahman

Sepanjang tahun 2020, banyak jenama terkenal yang melancarkan kasut-kasut mereka yang tersendiri dan juga melakukan kolaborasi yang sangat berjaya. Kasut-kasut ini pada asalnya dilancarkan dengan harga pasaran yang mampu milik, namun disebabkan kuantiti kasut tersebut yang sangat terhad dan juga permintaan yang tinggi, harga resell bagi sesetengah pasang kasut ini begitu tinggi. Menurut sumber Omnilytics.co kasut-kasut yang tersenarai ini memperoleh keuntungan yang lumayan mengikut harga resell satu-satu kasut tersebut.


1. Nike SB Dunk Low Travis Scott


Antara kasut yang mempunyai nilai resell yang begitu tinggi ialah Travis Scoot Dunk Low. Kasut ini pada mulanya dijual dengan harga $150 USD, namun harga resellnya meningkat mendadak sehingga $2449 USD. Peningkatan ini secara tidak langsung membuatkannya antara model yang mempunyai harga resell yang paling tinggi dengan peningkatan sebanyak 8036.69% dari harga asal. Harga kasut ini dikatakan melonjak naik disebabkan oleh ‘Travis effect’.


2. Jordan 1 Retro High Dior


Tidak ketinggalan juga, Jordan 1 Dior juga merupakan salah satu kasut yang mempunyai nilai resell yang begitu tinggi. Oleh sebab kasut ini merupakan kolaborasi antara dua jenama besar serta dibuat dengan teliti oleh pakar Dior, kasut ini mendapat sambutan hangat. Kasut ini pada mulanya dijual pada harga $2000 USD sebelum meningkat kepada $13604 USD. Peningkatan sebanyak 4207.55% membuatkan kasut ini antara kasut yang paling mahal harga resell pada tahun 2020.


3. Nike SB Dunk Low Ben & Jerry Chunky Dunky


Kolaborasi antara jenama ais krim terkemuka Ben & Jerry bersama Nike telah berjaya melancarkan kasut Nike SB Chunky Dunky. Kasut ini antara kasut yang mempunyai nilai resell yang begitu tinggi terutama sekali pada edisi yang menawarkan kotak istimewa. Kotak istimewa yang seakan-akan tiub ais krim Ben & Jerry itu mendapat sambutan hangat. Ramai peminat kasut inginkan kasut itu bersama kotak edisi terhad. Harga pasaran bagi kasut ini pada mulanya bernilai $100 USD sebelum harga resell melonjak naik sebanyak $4000 USD.


4. Jordan 4 Retro Off-White 'Sail'


Jenama terkemuka Off-White yang telah bekerjasama dengan Jordan bagi menghasilkan Off-White Jordan 4 ‘White Sail’ turut memperoleh nilai resell yang begitu tinggi. Harga pasaran bagi sepasang kasut ini hanya $200 USD sahaja namun harga resell bagi kasut ini mencecah $4050 USD. Peningkatan sebanyak 3165.68% ini membuatkannya begitu berharga.


5. Air Jordan 4 Union 'Guava'


Union Jordan 4 (guava) turut menjadi salah satu kasut yang mempunyai nilai resell yang tinggi. Koleksi Jordan bersama Union sering kali mendapat perhatian peminat kasut di dunia. Disebabkan itu, ianya mempunyai harga resell yang agak tinggi selain mempunyai warna dan rekaan yang menarik. Pada asalnya harga pasaran kasut ini hanya $250 USD sebelum melonjak kepada $3000 USD.


6. Jordan 5 Off-White


Selain dari Off-White Jordan 4, Off-White Jordan 5 turut memperoleh nilai resell yang begitu tinggi di pasaran. Harga yang meningkat naik kepada $2000 USD dari harga pasaran $225 USD pasti membuatkannya antara salah satu kasut yang memperoleh nilai resell yang tertinggi.


7. Yeezy Foam RNNR


Yeezy foam RNNR turut menjadi salah satu model kasut yang mempunyai nilai resell yang begitu tinggi. Rekaan yang menarik turut menjadi salah satu punca peningkatan harga resell pada model tersebut. Dari $75 USD harga pasaran meningkat kepada $1000 USD membuatkannya tersenari dalam kasut yang mempunyai nilai resell yang tinggi.


8.Nike Dunk Grateful Dead



Tak cukup dengan itu, Nike Dunk Grateful Dead juga antara model yang mempunyai nilai resell yang begitu tinggi walau harga asalnya hanya $110 USD. Harga resellnya mencecah $23142 USD pada sepasang kasut. Lonjakan harga ini menjadikannya antara model yang mempunyai nilai resell yang tertinggi pada tahun 2020.


9. Cactus Plant Flea Market Dunk



Kasut yang penuh dengan berlian Swaroski, Cactus Plant Flea Market Dunk (pure platinum) antara kasut yang mempunyai nilai resell yang begitu tinggi. Harga resell bagi sepasang kasut ini mencecah $4000 USD. Walaupun ada sesetengah yang mengkritik rekaan kasut ini, namun ia tidak menjejaskan harga resell kasut tersebut.


10. Air Jordan 3 Retro 'Fragment'


Turut tidak terkecuali dalam senarai kasut yang memiliki harga resell yang begitu tinggi ialah, Air Jordan 3 Retro ‘Fragment’. Rekaan dari Fragment ini sering kali menjadi rebutan peminat kasut dan semestinya harga resell kasut ini bakal melonjak sehingga $12500 USD.


Sumber: Omnilytics.co