Kolaborasi Instant Skateboards x SB Dunk Low Buat Ramai Ternanti!
  • Written by: Azizi Rahman

Instant Skateboards tahun ini bukan sahaja menyambut ulang tahun yang ke-25, kedai skate yang popular di Jepun ini juga akan melakukan kolaborasi bersama Nike SB.


Gambar rasmi Instant Skateboards x SB Dunk Low telah didedahkan. Warna biru di bahagian atas kasut dipadankan dengan warna kelabu di hadapan kasut menyerikan lagi rekaan kali ini. Kasut ini ditonjolkan lagi dengan sulaman logo di bahagian tepi kasut.


Instand Skateboards telah mengesahkan bahawa kolaborasi bersama SB Dunk Low ini bakal dilancarkan di stor Instant Skateboards pada 18 September. Walau bagaimanapun, pihak Nike masih belum mengumumkan pelancaran lebih lanjut.