Kolaborasi Sean Wotherspoon Bersama Adidas ZX 8000 Mencuri Perhatian Peminat!
  • Written by: Azizi Rahman
Selepas Adidas Superstar ‘Super Earth’ hasil kolaborasi antara Sean Wotherspoon bersama syarikat gergasi Adidas, mereka sekali lagi bekerjasama menghasilkan satu projek kasut yang bakal dilancarkan pada Februari tahun hadapan. Kali ini kasut tersebut dikenali sebagai Sean Wotherspoon x Adidas ZX 8000.

Walaupun kasut itu belum didedahkan sepenuhnya, namun ia dikatakan sebahagian daripada kempen A-ZX dari Adidas Originals. Seperti kolaborasi sebelum ini, model ini juga akan menampilkan elemen ‘Super Earth’ yang sama dicetak pada tumit kasut.

Tarikh kasut ini dikhabarkan bakal dilancarkan ialah pada Februari 2021 di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi adidas.com dengan harga $140 USD (anggaran RM580++).