Koleksi Jolly Ranchers X New Balance Kawhi Nampak Sungguh Meriah!
  • Written by: Azizi Rahman

Kasut edisi khas Kawhi Leornard bersama New Balance akan disertakan dalam koleksi Jolly Ranchers yang bakal dilancarkan pada Oktober ini.

New Balance Kawhi akan didatangi dengan dua warna yang berbeza iaitu dikenali sebagai ‘Assorted Flavor’ dan ‘Blue Raspberry’. 

Selain itu, New Balance turut bakal melancarkan sandal, t-shirt, New Balance 327 dan kasut bola keranjang, Low 480.

Jolly Ranchers x New Balance Kawhi ini akan dilancarkan pada bulan Oktober di stor terpilih serta menerusi laman web rasmi NewBalance.com dengan tanda harga $35 hingga $160 USD (anggaran RM145-RM661++).