Koleksi Kasina x Nike Dunk Low Betul-Betul Memukau

Syarikat ‘streetwear’ gergasi Korea, Kasina telah bekerjasama dengan Nike untuk menghasilkan Dunk Low yang akan datang pada musim luruh 2020 ini.


Terdapat tiga pilihan warna untuk edisi kali ini iaitu ‘Sail/University Gold-Industrial Blue’ dan ‘Sail/White-Neptune Green-Industrial Blue’ serta ‘Pearl White/University Gold-Melon Tint’.


Tarikh Kasina x Nike Dunk Low ini dilancarkan bermula September ini di stor terpilih dan di laman web rasmi Nike.com dengan tanda harga $120 USD (anggaran RM497++).