Lil Nas X Bakal Lancarkan Kasut ’Setan’ Dengan Darah Manusia!
  • Written by: Azizi Rahman

Selepas berjaya melancarkan “Jesus Shoes” pada tahun 2019, MSCHF bakal melancarkan pula “Satan Shoes” hasil kolaborasi bersama rapper terkenal @lilnasx.


Lebih gila apabila kasut ini mengandungi darah manusia yang diletakkan pada air bubble yang ada pada model Air Max 97. Darah itu dikatakan hasil derma dari kumpulan MSCHF itu sendiri.


Harga bagi sepasang kasut ini ialah $1018 USD (anggaran RM4220++). Selain itu, kasut ini hanya akan dilancarkan sebanyak 666 pasang. Walau bagaimanapun, Nike menafikan bahawa mereka terlibat dalam kerjasama ini.