LQQK Studio Bekerjasama Dengan Vans Bagi Melancarkan Koleksi Terbaru
  • Written by: Azizi Rahman

Kolaborasi terbaru Vault by Vans da LQQK Studio bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2018, kolaborasi bersama kali ini mempunyai rekaan seni, fesyen, muzik dan skater di Brooklyn.


Bagi koleksi 2020, Vans x LQQK Studio bakal melancarkan 2 model kasut serta 6 pilihan warna yang bertemakan Circle V. Antara model yang bakal dilancarkan ialah OG Style 17 Mule LX dan juga OG Chukka LX.


Koleksi Vault by Vans x LQQK Studio bakal dilancarkan pada 21 November ini di stor Vans. Layari laman web Vans.com/Vault untuk maklumat lanjut.