Menggunakan Bahan Kitar Semula, Nike Air Max 95 Crater Akan Tiba Tak Lama Lagi
  • Written by: Azizi Rahman

Sempena ulang tahun ke-25, Nike bakal melancarkan model Air Max 95 yang mesra alam dengan menggunakan material Crater Foam sama seperti material yang digunakan pada koleksi Nike Space Hippie.


Edisi kali ini, Nike Air Max 95 didatangkan dengan 20% material yang dikitar semula. Bahagian tapak kasut menggunakan 15% getak Nike Grind yang menghasilkan corak yang menarik.


Nike Air Max 95 Crater bakal dilancarkan tak lama lagi di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com.