Nike Air Max 95 Ilham Dari Freddy Krueger Sempena Halloween!
  • Written by: Azizi Rahman

Kebiasaannya Nike akan mengeluarkan kasut edisi terbaru khas untuk musim Halloween. Tahun ini Nike turut mengeluarkan satu rekaan sempena Halloween pada Nike Air Max 95.


Elemen seram yang dibawa kepada kasut Air Max 95 ini dilihat diilhamkan dari karakter penjahat yang ikonik iaitu Freddy Krueger walaupun ianya bukan kerjasama rasmi bersama francais filem tersebut.


Model ini menerima sentuhan mesh dan kanvas yang mempunyai dua ton warna. Sued premium pula dilitup di hadapan kasut dan grafik darah mengalir di tab tumit menyeramkan lagi kasut ini.


Walau bagaimanapun, tiada tarikh pelancaran untuk Nike Air Max 95 ini. Namun diharap agar dapat lebih banyak maklumat yang akan diterima sebelum tiba musim Halloween.