- Sneakers
- 2020.10.09
Koleksi Nike ‘Day of The Death’ tahun ini didatangkan dengan 4 pilihan kasut iaitu Nike Air Max 90, Nike Daybreak Type, Nike Blazer Mid dan juga Air Jordan 1 Mid. Keseluruhan kasut ini menerima sentuhan seni yang begitu bergaya.
‘Day of The Death’ atau dalam bahasa latin, 'Dia de Muertos' dijadikan inspirasi kepada setiap rekaan kasut dan juga pada pakaian. Warna, corak serta perincian buatan mengikut karya seni halus serta lukisan bunga tradisional negara Mexico.
Koleksi Nike ‘Day of The Dead” bakal dilancarkan di Mexico pada 8 Oktober ini manakala pelancaran global pada 15 Oktober ini di Nike SNKRS.