Nike Dunk Kembali Dengan OG Dunk High ‘Michigan’
  • Written by: Azizi Rahman

Kali terakhir dilancarkan pada tahun 2016 sebagai salah satu Nike’s College Colors Program, Nike Dunk High ‘Michigan’ bakal membuat kejutan semula pada September ini.


Bertonakan warna Varsity Maize dan Midnight Navy, warna ‘Michigan’, Nike Dunk High ini bakal kelihatan seperti OG.


Nike Dunk High ‘Michigan’ akan dilancarkan pada 23 September di stor terpilih serta menerusi laman web Nike SNKRS. Tanda harga bagi sepasang kasut ini ialah $120 USD (anggaran RM495++).