Nike Dunk Low ‘College Navy’ Akan Tiba di Penghujung Februari Ini!
  • Written by: Azizi Rahman

‘College Navy’ merupakan antara salah satu warna yang menjadi koleksi Nike Dunk Low tahun ini. Bagi model kali ini, ianya dikhabarkan bakal dilancarkan pada bulan Februari ini.


Seperti koleksi Nike Dunk sebelum ini, kasut ini masih mengekalkan material yang sama cuma perbezaan pada warna kasut tersebut. Gabungan warna biru gelap, kelabu dan juga sedikit sentuhan merah pada tulisan Nike yang disulam pada bahagain tumit belakang kasut menonjolkan lagi gaya kasut ini.


Nike Dunk Low ‘College Navy’ bakal dilancarkan pada 25 Februari ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $100 USD (anggaran RM400++).