Nike Dunk Low ‘Michigan’ Pula Akan Tiba Di Pasaran
  • Written by: Azizi Rahman

Semua tahu bahawa tahun 2021 merupakan tahun yang dikatakan Nike bakal melancarkan banyak warna untuk koleksi Nike Dunk mahupun SB Dunk. Sebelum ini, warna ‘Michigan’ telah dilancarkan untuk model Nike Dunk High pada bulan September 2020. Tahun ini, Nike sekali lagi bakal melancarkan warna tersebut namun untuk model Dunk Low. 


Material yang digunakan pada kasut ini turut tiada perubahan, hanya potongan low yang diketengahkan untuk tahun ini. Masih mengekalkan kombinasi warna Varsity Maize dan Midnight Navy, kasut ini dikatakan seolah-olah model Off-White x Nike Dunk Low ‘Michigan’ yang pernah dilancarkan pada tahun 2019. Apa yang membezakannya hanyalah tiada jenama Off-White dan lebih mampu milik.


Nike Dunk Low ‘Michigan’ dikhabarkan bakal dilancarkan pada tahun ini. Namun pihak Nike masih belum memberi tarikh rasmi pelancaran kasut ini. Ada yang mengatakan ianya bakal tiba di pasaran pada awal tahun ini. Sama-sama kita nantikan. Harga bagi kasut ini turut dijangkan sebanyak $100 USD (anggaran RM400++).