Nike Dunk Low PRM ‘Medium Curry’ Akan Tiba Hujung Bulan Ini!
  • Written by: Azizi Rahman

Nike Dunk merupakan antara model yang bakal mewarnai tahun 2021 ini. Nike Dunk Low PRM ‘Medium Curry’ antara model yang bakal dilancarkan pada tahun ini. 


Gabungan warna Sail, Medium Curry, dan Fossil melengkapkan lagi gaya model kasut ini. Material yang digunakan pada kasut ini masih mengekalkan suede yang ada pada model sebelum ini.


Nike Dunk Low PRM ‘Medium Curry’ dikatakan bakal dilancarkan pada 28 Januari ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $110 USD (anggaran RM440++). Harga resell bagi model ini pula dianggarkan sekitar RM1000-RM1200.