- Sneakers
- 2020.11.23
Selain melancarkan Air Jordan 1 Low sempena minggu NBA All-Star pada tahun 2021, Nike turut bakal melancarkan satu lagi model iaitu Nike Dunk High.
Kasut ini dipadankan dengan warna hijau mint, hiram dan juga putih. Edisi ‘All-Star’ kali ini menggunakan materia kulit berwarna hijau mint terang dan digabungkan dengan patent leather berwarna hitam. Selain itu, terdapat logo NBA ‘All-Star’ yang diletakkan pada bahagian tumit kasut melengkapkan lagi model edisi kali ini.
Nike Dunk High ‘All-Star’ bakal dilancarkan sama seperti Air Jordan 1 ‘All-Star’ iaitu pada Februari 2021 semasa minggu NBA ‘All-Star’ di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $110 USD (anggaran RM449++).