November Ini Nike Dunk Low ‘Ceramic’ Akan Tiba!

Selain model ‘Plum’ dan ‘Veneer’, Nike Dunk Low bakal melancarkan warna ‘Ceramic’ yang merupakan warna original pada 2001 iaitu ‘Ugly Duckling’.


Kasut ini digayakan dengan warna hitam, ceramic dan nori. Nike Dunk Low ini masih mengekalkan material kasut asal dengan menggunakan suede yang premium.


Nike Dunk Low ‘Ceramic’ bakal dilancarkan pada 19 November ini di stor-stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $100 USD (anggaran RM415++).