- Sneakers
- 2020.11.23
Air Jordan 1 Low ‘All-Star’ adalah sebahagian dari koleksi Jordan sempena menyambut minggu NBA All-Star tahun 2021 yang bakal berlangsung di Indianapolis, Amerika Syarikat.
Bagi model kali ini, ia digayakan dengan pilihan warna hitam dan putih. Bahagian atas kasut yang berwarna hitam menggunakan dua jenis material iaitu kulit dan juga patent leather. Sentuhan benang berwarna putih pada logo Swoosh memberi sentuhan yang menarik. Selain itu, sulaman logo jordan pada tumit kasut juga menggunakan benang berwarna putih.
Air Jordan 1 Low ‘All-Star’ bakal dilancarkan pada Februari tahun hadapan semasa minggu NBA All-Star di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $90 USD (anggaran RM368++).