Peminat Menanti Kolaborasi Sean Cliver & Nike SB Dunk

Nike Sb Dunk yang menjadi kegilaan ramai pada masa ini melakukan satu kolaborasi bersama Sean Cliver. Kolaborasi ini dikatakan bakal mendapat sambutan hangat di pasaran.


Edisi kali ini, Nike SB Dunk Low menggunakan material sued berwarna biru cair dan kulit berwarna putih. Selain itu, ianya turut dilengkapi dengan logo ‘Swoosh’ dan jahitan berwarna emas.


Sean Cliver x Nike SB Dunk Low dikatakan bakal dilancarkan pada bulan Disember tahun ini di kedai skate terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com. Harga masih belum diumumkan mana-mana pihak.