Ramai Tergila-Gilakan, Union x Air Jordan 4 ‘Off Noir’

Selepas berjaya dalam kolaborasi menghasilkan Air Jordan 1 pada tahun 2018, Union Los Angeles sekali lagi bekerjasama dalam menghasilkan Air Jordan 4.


Dalam satu temu buat bersama Complex, Chris Gibbs dari Union menyatakan bahawa walaupun belum 100 peratus disahkan, tetapi begitulah rupa Air Jordan 4 itu.


Terdapat dua pilihan warna yang akan ada iaitu ‘Off Noir/ Brigade Blue-Dark Smoke Grey-Light Fusion Red’ dan ekslusif dari Union iaitu ‘Guava Ice/Light Bone-Brigade Blue-Light Fusion Red’.


Kedua-dua Air Jordan 4 ini akan dilancarkan bersama-sama koleksi pakaian Union x Jordan.


Tarikh Union x Air Jordan 4 ini bakal dilancarkan pada 29 Ogos di butik Union, stor terpilih dan juga menerusi laman web StockX dengan tanda haraga $250 USD (anggaran RM1035++). Pihak Nike turut telah mengesahkan bahawa kasut ini bakal dilancarkan menerusi laman web rasmi Nike SNKRS pada 16 Oktober.