Sacai x Nike Vapor Waffle ‘Off Noir’ Nampak Lebih Kemas
  • Written by: Azizi Rahman

Sebelum ini beberapa warna telah dilancarkan pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, Sacai dan Nike sekali lagi bekerjasama bagi melancarkan warna terbaru buat model Vapor Waffle iaitu warna ‘Off Noir.’


Keseluruhan kasut ini berwarna hitam. Material yang digunakan pada kasut ini juga sedikit berbeza dengan warna sebelum ini iaitu ianya menggunakan material suede dan juga campuran nylon. Outsole kasut ini turut dipadanan dengan warna gum sole embuatkan ianya lebih menarik.


Sacai x Nike Vapor Waffle dikhabarkan bakal dilancarkan pada tahun ini menerusi laman web Nike.com. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi pelancaran masih belum diumumkan. Anggaran harga untuk model ini ialah $180 USD (anggaran RM720++).