Sempena Air Max Day, Nike Lancarkan Air Max Pre-Day!
  • Written by: Azizi Rahman

Nike bakal melancarkan silhouettes terbaru buat model Air Max sempena ulang tahun Air Max Day. Tahun ini, Nike akan menggunakan rekaan yang sungguh futuristik pada model yang digelar Air Max Pre-Day. Air unit pada thumit kasut ini menggunakan material lut sinar.


Air Max Pre-Day menggabungkan ciri-ciri rekaan model Nike lewat 70-an dan terkini. Bahagian atas kasut ini menggunakan 100% polyster yang dikitar semula manakala outsolenya menggunakan 13% Nike Grind Rubber.


Air Bag pada tumit kasut ini turut sama digunakan pada model Air Max 1, Air Max 90, Air Jordan 3, 4, 5, dan 6. Yang membezakannya ialah daripada hanya boleh dilihat dari sisi, keseluruhan Air Bag ini mampu dilihat terus diantara midsole dan outsole kasut ini. Selain itu, Air unit yang baru ini turut memberi keselesaan yang baru pada si pemakai. Ianya dikatakan lebih bouncy semasa setiap langkah. Warna untuk model ini dikatakan menggunakan tona warna hijau dan hitam.


Nike Air Max Pre-Day bakal dilancarkan pada Air Max Day iaitu 26 Mac ini menerusi laman web Nike.com dan stor terpilih.