Sempena Tahun Baru Cina Akan Datang, Nike Bakal Lancarkan Dunk Low ‘Firecracker’
  • Written by: Azizi Rahman

Merupakan antara salah satu koleksi Nike sempena Tahun Baru Cina, Nike Bakal melancarkan Nike Dunk Low ‘Firecracker’. Kasut ini bakal dilancarkan bukan sahaja untuk lelaki malah untuk wanita dan juga kanak-kanak.


Nike Dunk Low ini diinspirasi dari bungkusan mercun yang merupakan salah satu simbol tahun baru. Lengkap dengan amaran bahaya, kasut ini menggunakan material mesh dan kulit. Warna biru pada kasut ini juga diambil dari salah satu bungkusan mercun yang diolah menjadi grafik yang menarik.


Nike Dunk Low ‘Firecracker’ dikatakan bakal dilancarkan pada 22 Januari ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan harga $110 USD (anggaran RM440++).