Stussy x Nike Air Force 1 Low Bakal Tiba Hujung Tahun Ini!

Nike dan Stussy terus bekerjasama menghasilkan kasut kolaborasi terbaru mereka iaitu Nike Air Force 1.


Stussy x Nike Air Force 1 Low ini bakal didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan ‘Fossil Stone’. Setiap kasut didatangkan sekali dengan branding pada lidah kasut dan juga sulaman pada logo ‘Swoosh’.


Stussy x Nike Air Force 1 Low dikatakan bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini di stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com dengan harga $130 USD (anggaran RM538++).