Tampil Bergaya Dengan SNS x New Balance 920
  • Written by: Azizi Rahman

Sneakersnstuff merupakan sebuah kedai menjual pakaian terkemuka di Sweden bakal melancarkan satu kasut kolaborasi bersama jenama terkenal dari Amerika Syarikat. Kerjasama antara SNS dan New Balance akan menggunakan model 920 dengan warna oren.


New Balance 920 ini diambil inspirasi dari siri 900 dan 1000 dengan menggunakan material premium suede daripada kulit khinzir dan campuran mesh. Gabungan warna oren dan hijau serta sedikit kuning serta hitam yang dibuat dari material 3M menyerlahkan lagi gaya kasut ini. Selain itu, kolaborasi ini bakal menampil koleksi yang merangkumi pakaian.


SNS x New Balance 920 bakal dilancarkan secara ‘raffle’ menerusi aplikasi SNS pada 7 Januari bulan ini manakala secara keseluruhan akan dilancarkan pada 15 Januari. Harga bagi kasut ini dikatakan berharga $200 (RM800++). Harga resell bagi sepasang kasut ini dianggarkan bermula dari RM900 hingga RM1200.