Travis Scott x PlayStation x Nike Dunk Low Buat Peminat Gila!
  • Written by: Azizi Rahman

Merupakan salah satu projek pemasaran model PlayStation terbaru iaitu PS5, Sony telah bekerjasama dengan Travis Scott dan Nike Dunk Low bagi menghasilkan sepasang kasut yang ditunggu-tunggu peminat.


Pada hari ini, Travis telah mendedahkan rupa bentuk Nike Dunk Low x PlayStation menerusi laman instagram miliknya. Apa yang menariknya ialah dia telah menggayakan kasut itu bersama konsol PS5.


Travis Scott x PlayStation x Nike Dunk Low telah dibuka untuk undian di laman Travisscott.com. Hanya 5 undian yang bakal menerima kasut tersebut.