Vans & Better Gift Shop Bekerjasama Hasilkan Koleksi Baru
  • Written by: Azizi Rahman

Better Gift Shop yang merupakan retailer dari Toronto telah bekerjasama dengan Vans bagi menghasilkan kasut kolaborasi yang menggunakan model Old Skool dan Half Cab.


Setiap model kasut ini didatangkan dengan warna biru yang merupakan warna rasmi Better Gift Shop. Kombinasi warna biru dan putih melengkapkan lagi rekaan kasut ini. Selain itu, kasut ini turut mengandungi logo Better Gift Shop pada insole kasut dan ia turut didatangkan dengan bungkusan istimewa.


Better Gift Shop x Vans bakal dilancarkan pada 28 November ini di Better Gift Shop dan menerusi laman web Bettergiftshop.com. Harga untuk model Old Skool ialah $160 CAD (anggaran RM500++) manakala untuk model Half Cab ialah $180 CAD (anggaran RM563++).