- Sneakers
- 2020.12.18
Bagi menyambut ulang tahun ke-25 Air Max 95, Nike bakal melancarkan model terbaru Air Max 95 NDSTRKT pada penghujung tahun ini.
Kasut ini di datangkan dengan warna yang cukup sinonim bagi model Air Max 95 iaitu hitam, kuning neon dan kelabu. Warna tersebut diguna pakai selaku warna Air Max 95 yang asalnya dilancarkan pada tahun 1995. Material yang digunakan pada kasut ini ialah mesh dan nylon yang kalis air. Selain itu, kasut ini turut didatangkan dengan kemasan reflektif 3M.
Nike Air Max 95 NDSTRKT ‘Neon’ bakal dilancarkan pada 30 Disember ini di stor terpilih dan menerusi laman web Nike.com dengan tanda harga $200 USD (anggaran RM820++).