“Nike Refurbished” Jual Kasut Terpakai?\n“Nike Refurbished” Jual Kasut Terpakai?\n“Nike Refurbished” Jual Kasut Terpakai?
  • Written by: Azizi Rahman

Sebagai salah satu langkah “Move to Zero” , Nike komited terhadap pengurangan karbon dalam pengeluaran produk mereka. Terkini, Nike telah melancarkan program “Nike Refurbished”.


Proses ini sangat mudah, kasut yang dipulang semula oleh pelanggan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembelian, pihak stor Nike akan memulihkan semula kerosakan untuk dijual semula atau akan dihancurkan kepada bahan Nike Grind untuk dikitar semula. Jika kasut tersebut masih dalam keadaan cemerlang untuk dijual semula, ianya akan ditanda dengan 3 kategori iaitu “Like New”, “Gently Worn” atau “Cosmetically Flawed”. Begitu juga dengan harga, ia bergantung mengikut keadaan satu-satu kasut.


Setakat ini, hanya 15 stor Nike di seluruh Amerika Syarikat yang telah mengambil bahagian dalam program ini. Pihak Nike turut merancang agar program ini akan berkembang luas pada tahun ini. 


[GALEERY]