3 Pilihan Warna Menarik Buat Peminat Sacai X Nike Pegasus VaporFly SP

Sekali lagi Sacai berkolaborasi bersama Nike dalam menghasilkan koleksi kasut untuk tahun 2020 ini. Kerjasama kali ini menggunakan kasus Pegasus VaporFly SP.


Edisi kali ini terdapat 3 pilihan warna yang diberikan kepada peminat iaitu ‘Black/Summit Whit-Pure Platinum,’ ‘Sail/Sport Fuchsia-Light Bone-Game Royal,’ dan ‘String/Black-Villain Red-Neptune Green’. Setiap kasut ini dilengkapkan dengan elemen dari kasut larian Pegasus dan VaporFly.


Sacai x Nike Pegasus VaporFly SP ini dikatakan bakal dilancarkan pada musim luruh tahun ini di stor terpilih dan Nike.com dengan tanda harga $180 USD (anggaran RM739++).