3 Pilihan Warna Nike Air Max 90 Surplus Hadir Dengan Fabric Cordura

Sempena menyambut ulang tahun ke-30 NIke Air Max 90, Nike bakal melancarkan edisi ‘Surplus’ bagi model ikonik tersebut.


Untuk edisi kali ini, Nike Air Max 90 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu warna seolah-olah gurun, hitam dan ‘cargo khaki’. Kasut ini sepenuhnya menggunakan material fabrik dari Cordura. Terdapat tag hitam Cordura pada bahagian sisi kasut bagi menonjolkan imej material kasut ini.


Nike Air Max 90 Surplus ‘Desert’ bakal dilancarkan tidak lama lagi di stor-stor terpilih dan menerusi laman web rasmi Nike.com dengan tanda harga $150 USD (anggaran RM621++).